Wednesday, October 18, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 32...

Bahagian sebelumnya:
Bahagian 32: Dapat Segalanya Kecuali Cinta

"You want the answer? I gave one! Yes, I do love him because he was my husband. Why? Jealous?" tanya Ayra, sinis.

"Baik sangatkah dia sampai you boleh jatuh cinta dengan dia dalam masa sebulan? I doubted that," jawab Wafi, sarkastik.

"Better than you, player! Lagipun, dalam hukum agama kita, seorang isteri wajib melupakan perasaannya kepada lelaki lain sebaik sahaja dia menikahi suaminya. In this case, it was Hafizal on the first place," jawab Ayra, geram.

"Now, since you are already divorced, I think you should forget him and be mine," ujar Wafi, bangga.

"I tak mungkin akan lupakan bapa kepada anak I. Untuk menjadi kekasih you semula, I boleh terima tapi dengan syarat memandangkan you sudah rampas keseluruhan hidup IDeal or no deal?" jawab Ayra.

"Apa syaratnya?" tanya Wafi, geram.

"You tak boleh ambil apapun hak milik II nak you pastikan Hafizal terus hidup, dan I akan jumpa Hafizal bila-bila masa yang I suka!"

"What? Salahkah I jika I nak hak I balik? Ijal dah rampas you daripada I kot!"

"Dia tak pernah bersalah, tapi you! Di manakah you semasa I kena culik dulu? I was right under your nose, and where were you? You sibuk berjoli dengan teman-teman wanita you tanpa ada sikitpun perasaan nak ambil tahu di manakah I berada! Bila masa you dapat tahu I kena lelong? Selepas I dah selamat bernikah dengan Hafizal bukan?" tanya Ayra, bertubi-tubi membuatkan Wafi terpana.

Ayra memandang tajam wajah Wafi. Lelaki itu tidak menjawab soalan-soalan panasnya itu, sebaliknya hanya mendiamkan diri.

"Dia tak bersalah, sebab yang dia beli dulu adalah anak kepada Encik Mohd. Elyas. Akan tetapi, yang you rampas daripada dia adalah isteri dia, tanggungan dia! I nak you fikir masak-masak dengan apa yang you lakukan ini, you dah dapat semua yang dia ada. Perlukah you tarik kebebasan dia juga?" sambung Ayra lagi.

"You tahu kenapa I rampas hidup Ijal? You betul nak tahu?" tanya Wafi, setelah lama mendiamkan diri.

"Kenapa?" tanya Ayra.

"Selepas dia beli you, dia membuatkan markas I diserbu polis! Dia kacau periuk nasi I, dan I takkan maafkan dia untuk itu," jerkah Wafi yang mulai berang.

"Halalkah periuk nasi you masalahnya? Sudahlah, I malas nak bergaduh dengan you! I nak balik," ujar Ayra lalu melangkah pergi dari situ.

Wafi hanya memandang pemergian Ayra itu dengan hati yang panas.

"Tak apa Ayra, setiap kali kau buat aku marah, setiap kali itulah juga Ijal akan jadi mangsa aku!" ngomel Wafi, sendiri.

     *     *     *     *     *

Wafi berjalan keluar dari kereta, diikuti oleh Hafizal dan beberapa orang bawahannya yang ditugaskan untuk mengawasi gerak-geri Hafizal. Mereka berjalan menuju ke bilik mesyuarat di mana Ayra sudah sedia menunggu mereka. Wafi perasan ketika mereka tiba, Ayra cuba mengelak daripada memandang ke arah Hafizal yang berdiri di belakangnya.

"Good morning, Encik Wafi and Encik Hafizal! Selamat datang ke mesyuarat tergempar ahli lembaga pengarah Mustaqim Ventures. Jemput masuk," sapa Ayra, mesra.

"Good morning to you too, Ayra. You look gorgeous as usual. Tak begitu Ijal?" ujar Wafi sebelum memandang ke arah Hafizal.

Hafizal tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk.

"Jom kita masuk. Guys, you can wait here. Someone might have to be dismissed early," arah Wafi lalu menyangkutkan lengannya di atas bahu Hafizal dan menariknya masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.

Bilik mesyuarat itu telahpun penuh dengan kehadiran semua ahli lembaga pengarah termasuklah Tan Sri Mustaqim. Wafi memilih untuk duduk di sebelah hadapan memandangkan dia adalah orang yang meminta agar mesyuarat ini diadakan, manakala Hafizal duduk di sebelah kanan Wafi.

Tak lama selepas itu, Ayra masuk dan menutup pintu bilik mesyuarat dan duduk di belakang Hafizal bagi mencatatkan minit mesyuarat. Itu memang menjadi tugas Ayra setiap kali mesyuarat ahli lembaga pengarah.

"Selamat pagi semua, saya memohon maaf di atas panggilan saya yang mengejutkan ini andai ianya telah mengganggu jadual tuan-tuan dan puan-puan yang sibuk itu. Tujuan saya memanggil anda semua adalah untuk mencadangkan pemecatan CEO Mustaqim Ventures, Encik Megat Hafizal atas sebab skandalnya bersama model terkenal, Kathy Nada."

"Saya pasti semua orang telah melihat video berdurasi satu minit yang telah ditularkan di media sosial. Video aksi panas antara mereka berdua ini telah merosakkan imej syarikat secara amnya dan keluarga pakcik saya secara khususnya. Dengan ini, saya selaku salah seorang pengarah syarikat ingin mencadangkan pemecatan Encik Megat Hafizal selaku CEO berkuat kuasa serta-merta," jelas Wafi dengan riak wajah seperti orang yang baru sahaja memenangi nombor ekor.

"Saya serahkan majlis kepada PA Encik Hafizal, cik Ayra untuk mengira undi," ujar Wafi lalu duduk semula di tempatnya.

Kali ini giliran Ayra pula berdiri di belakang Wafi bagi menjalankan proses undian.

"Hasil undian ahli lembaga pengarah bagi cadangan memecat Encik Megat Hafizal sebagai CEO berkuat kuasa serta-merta, 35% ahli lembaga pengarah bersetuju dengan cadangan tersebut, manakala 30% ahli lembaga pengarah tidak bersetuju, dan 35% pula tidak membuang undi," jelas Ayra.

Tiba-tiba, pintu bilik mesyuarat itu diketuk. Ayra berjalan menuju ke arah pintu lalu membukanya. Wafi berpaling ke arah pintu dan melihat ada seorang lelaki berada di luar bilik tersebut. Wajahnya seperti pernah dia lihat sebelum ini, tapi di mana ya?

"Ya encik, ada urusan apa di sini?" tanya Ayra, mesra.

"Saya Farid, proksi pemegang saham terbesar syarikat ini. Saya diberitahu oleh majikan saya bahawa hari ini ada diadakan mesyuarat tergempar ahli lembaga pengarah, jadi dia mewakilkan saya untuk mengundi," ujar Fred.

Wafi masih berteka-teki tentang siapakah gerangan lelaki yang telah menjadi proksi pemegang saham terbesar syarikat itu. Malah, dia tidak pasti juga dari manakah majikan lelaki itu mendapatkan 35% saham syarikat, sedangkan saham minoriti yang terjual sebelum ini hanyalah berjumlah 15%. Dari manakah baki 20% lagi datang?

"Encik Farid, untuk pengetahuan cik, saya memerlukan undian encik bagi meluluskan atau tidak meluluskan cadangan pemecatan Encik Megat Hafizal atas sebab merosakkan imej syarikat. Jadi, apakah keputusan Encik Farid?" tanya Ayra sambil memandang ke arah Fred yang baru sahaja duduk di kerusi yang paling belakang.

"Majikan saya telah memberikan undiannya, dan dia bersetuju dengan cadangan itu," jawab Fred yang sedang memandang Hafizal.

Ayra yang masih mengekalkan riak wajah tanpa ekspresi itu hanya menganggukkan kepalanya.

"Baiklah, dengan undian Encik Farid itu tadi, dengan ini hasil undian bagi cadangan pemecatan Encik Hafizal sebagai CEO, 68% bersetuju manakala 32% tidak bersetuju dan dengan ini, Encik Megat Hafizal Megat Mustaqim dipecat daripada jawatan CEO yang dipegangnya berkuat kuasa serta-merta," ujar Ayra.

"Akan tetapi, saya juga dikehendaki untuk mengumumkan bahawa Encik Hafizal telah menyerahkan sahamnya sebanyak 15% kepada Encik Megat Wafi dan dengan ini, Encik Hafizal tidak lagi menjadi ahli lembaga pengarah syarikat ini. Oleh yang demikian, Encik Hafizal diminta menyerahkan semula semua harta syarikat kepada saya sebaik sahaja mesyuarat ini tamat," jelas Ayra lagi.

Wafi terbungkam. Seingatnya, jumlah saham Hafizal di dalam syarikat sebelum ini berjumlah 35% peratus. Tak mungkin Hafizal terlebih dahulu menjualkan sebahagian sahamnya kepada seseorang?

"Sebelum kita meneruskan dengan agenda seterusnya, saya memohon agar Encik Hafizal meninggalkan bilik mesyuarat ini," pinta Ayra lalu berdiri di hadapan pintu yang telah dibuka.

Hafizal bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah pintu. Ayra pula sudah sedia menanti lelaki itu di hadapan pintu bilik mesyuarat.

"Encik Hafizal, sila tunggu di hadapan bilik CEO sehingga mesyuarat ini selesai. Terima kasih," pinta Ayra sebelum menutup semula pintu bilik mesyuarat.

"Baiklah, tanpa membuang masa lagi, saya akan menjalankan sesi membuang undi bagi memilih CEO baru yang bakal menggantikan Encik Megat Hafizal dalam menerajui Mustaqim Ventures," ujar Ayra setelah kembali ke bahagian hadapan bilik mesyuarat itu.

"Saya nak cadangkan pemegang saham terbesar syarikat kita, tetapi memandangkan dia menggunakan proksi, saya mencadangkan Encik Megat Wafi, pemegang saham kedua terbesar sebagai calon CEO syarikat kita," cadang Tan Sri Tengku Omar, Ketua Pengarah Kewangan syarikat.

"Baiklah, terima kasih Tan Sri. Ada cadangan lain?" tanya Ayra lagi.

"Saya mencadangkan agar cadangan ditutup," jawab Tan Sri Megat Mustaqim.

Wafi terkesima apabila melihat bapa saudaranya menutup sesi pencalonan, menjadikan dirinya satu-satunya calon CEO yang ada. Maka, dengan ini dia akan dilantik secara automatik sebagai CEO baru syarikat. Memikirkan itu, dia tersenyum tanpa sedar.

"Baiklah, jika semuanya bersetuju dengan cadangan Tan Sri Megat Mustaqim, maka Encik Megat Wafi adalah satu-satunya calon untuk jawatan CEO syarikat. Dengan ini, tiada sesi undian yang akan dijalankan dan Encik Wafi akan dipilih menjadi CEO syarikat yang baru. Tahniah, Encik Wafi. Jadi, saya akan serahkan majlis kepada CEO baru kita, Encik Wafi," terang Ayra sebelum menyerahkan majlis kepada Wafi dan bergerak semula ke tempat duduknya sedari tadi.

"Terima kasih, cik Ayra. Saya Megat Wafi, CEO Mustaqim Ventures yang baru. Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya ingin berterima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang berada di sini kerana membantu dalam melancarkan mesyuarat hari ini. Saya tidak akan bercakap panjang, kerana saya pasti tuan-tuan semua pastinya punyai jadual yang sangat padat. Saya hanya ingin berjanji bahawa saya dengan bantuan pembantu peribadi saya, cik Ayra akan berusaha dalam menaikkan prestasi syarikat hingga mencapai ke tahap yang tertinggi. Jadi, saya berharap anda semua sebagai pengarah dapat memberikan kepercayaan anda kepada saya," terang Wafi dengan bangga.

Kedengaran bunyi tepukan yang datangnya dari para pengarah menambahkan lagi perasaan megah yang telah bersemadi di dalam hati Wafi sedari tadi.

"Saya rasa setakat di sini dahulu mesyuarat kita. Kita akan berjumpa lagi di dalam mesyuarat bulanan kita pada dua minggu lagi. Dengan ini, mesyuarat kita ditangguhkan."

Selepas selesai Wafi berkata-kata, kesemua pengarah bangun menghampirinya untuk mengucapkan tahniah sebelum beredar keluar dari bilik mesyuarat itu.

Wafi cuba mencari kelibat Ayra, tetapi kelibat wanita itu tiada di mana-mana. Mana pula perginya wanita ini?

     *     *     *     *     *

"Bob, aku nak kau siasat bagaimana saham Hafizal dalam syarikat ini boleh berkurang daripada 35% menjadi 15% sahaja. Kepada siapa dia jualkan sahamnya dan di manakah pemegang saham itu berada sekarang. Aku nak dua perkara itu secepat mungkin," arah Wafi sebelum memutuskan talian.

Selepas menyimpan telefon bimbitnya, dia berjalan menuju ke arah bilik pejabat milik CEO Mustaqim Ventures dan terlihat Hafizal sedang berbual dengan Ayra. Walaupun hatinya sakit melihat situasi itu, namun dia harus akui Ayra tampak lebih gembira apabila dia berada bersama Hafizal. Sepertinya mereka berdua ini dicipta untuk satu sama lain.

"Sudah selesaikah, Ijal? Kalau tak ada apa-apa lagi, kau boleh balik," sampuk Wafi yang tiba-tiba berada di sebelah Hafizal membuatkan Hafizal sedikit terkejut.

"Sudah. Aku harap kau boleh jaga syarikat ini dengan baik," ujar Hafizal, lembut.

"Jangan risau, sepupu kesayanganku. Aku akan jaga syarikat kau dengan baik sekali sampai kau berasa diri kau itu tak berguna lagi," jawab Wafi, megah.

"Encik Wafi, pejabat encik saya kena kemaskan dulu. Kalau encik lapor diri esok, boleh?" tanya Ayra sambil tersenyum ke arah Wafi.

"Boleh, sayang. Kalau begitu, saya bawa Ijal pulang sajalah. Jom, Ijal!" jawab Wafi dalam dua nada yang berbeza, lembut bagi Ayra dan keras bagi Hafizal.

Hafizal tidak menjawab, sebaliknya hanya mengikut langkah Wafi yang sudahpun berjalan menuju ke arah lif.

"Alang-alang kau sudah keluar ini, aku nak kau uruskan hal penceraian kau dengan Ayra. Faham?" arah Wafi, separuh menjerit.

"Baiklah," jawab Hafizal, lemah.

"Aku nak kau ingat sesuatu, taraf kau sekarang bukan lagi seperti dulu. Jadi, aku tak nak kau berperangai seperti mana kau berperangai sebelum ini. Kalau kau nak bekas isteri kau dan anak dalam kandungan dia selamat, aku nak kau patuh semua arahan aku," arah Wafi lagi.

"Baiklah," jawab Hafizal lagi.

"Bagus. Ini yang aku mahukan. Masuk dalam kereta, " arah Wafi yang sudahpun memasuki kereta Toyota Altis miliknya. Hafizal pula duduk bersebelahan dengan Wafi di tempat duduk belakang manakala dua orang orang bawahan Wafi duduk di kerusi hadapan.

Wafi memandang ke arah Hafizal yang sedang melihat pemandangan di luar. Bukan dia tak kasihan dengan sepupunya itu, tetapi dia harus mengurung lelaki itu bagi menyelamatkan diri dan organisasinya.

     *     *     *     *    *

"Bos, cik Ayra dah sampai!" jerit salah seorang orang bawahan Wafi kepada Wafi dan Bob yang sedang menyalakan lilin yang terletak di atas kek coklat buat Ayra itu.

Dengan pantas, mereka semua mengangkat kek tersebut lalu menunggu wanita itu masuk ke dalam bangunan markas.

Sebaik sahaja Ayra memasuki bangunan tersebut, mereka pun mula menyanyikan lagu hari jadi buat wanita itu. Wafi adalah orang yang memegang sebiji kek coklat yang mempunyai dua batang lilin besar dan tujuh batang lilin kecil menandakan umur Ayra yang genap dua puluh tujuh tahun pada hari ini.

"Sayang, tiup lilin cepat," arah Wafi sambil mendekatkan kek kepada Ayra.

Ayra meniup lilin tersebut dan mereka semua bertepuk tangan. Selepas itu, mereka semua memotong kek laku mengagihkan sesama sendiri. Setelah mereka selesai, Ayra mendekati kek tersebut lalu memotong kek itu dan memindahkannya ke dalam pinggan.

"Wafi, I pergi hantar kek ini pada Ijal ya?" tanya Ayra sambil tersengih.

"Memandangkan hari ini hari jadi you, pergilah. Kalau jumpa Qat, tolong panggilkan dia. I ada perkara nak bincang dengan dia," ujar Wafi.

"Bos, sayang betul cik Ayra dengan Hafizal itu. Hari jadi dia, dia nak sambut dengan Hafizal sedangkan bos sudah penat-penat buat semuanya untuk dia," ujar salah seorang orang bawahannya yang sedang berdiri di sebelah Wafi.

"Itulah harga yang aku kena bayar untuk dapatkan dia, Eddy. Walau tinggi mana sekalipun harga diri aku, aku tetap kena terima bahawa aku sudah ambil hak orang lain. Cuma, aku tak peduli semua itu. Kalau aku tak boleh dapat hatinya, cukuplah aku dapat memiliki raganya," jawab Wafi yang masih memandang pemergian Ayra itu.

Tak lama kemudian, Qatrunnada menghampiri Wafi dengan wajah yang pucat. Sepertinya dia sudah membuat satu kesilapan.

"Kau kenapa, Qat?" tanya Wafi, hairan dengan riak wajah Qatrunnada.

Qatrunnada tidak terus menjawab, hanya menguis tangannya. Melihat keadaan Qatrunnada, Wafi menarik Qatrunnnada menuju ke dalam biliknya lalu menutup pintu bilik tersebut. Wafi membawa Qatrunnada untuk duduk di atas sofa.

"Kenapa dengan kau ini, Qat?" tanya Wafi lagi.

"Saya sebenarnya nak cari jalan supaya Hafizal meniduri saya, agar saya boleh buat Ayra bencikan dia. Saya tak sanggup nak tengok bos bergaduh dengan Ayra hampir setiap hari dan akhirnya bos lepaskan semua perasaan geram bos pada Hafizal," terang Qatrunnada.

"Oh, jadi?" tanya Wafi lagi.

"Saya letakkan dadah dalam makanan yang Wafi makan tadi, dengan harapan dia akan khayal dan mula menghampiri saya. Cuma, saya tak sangka Ayra masuk ke dalam bilik Hafizal tadi dan minta saya tinggalkan mereka berdua!" sambung Qatrunnada lagi.

"Apa?" tanya Wafi lalu berlari menuju ke arah skrin CCTV. Namun, semuanya sudah terlambat. Hafizal telahpun bertindak mencium Ayra. Maka, Wafi terus memadamkan skrin CCTV bagi mengelakkan sesiapapun menonton adegan panas sepupunya itu.

"Sudah terlambat, Qat. Secara teknikal, mereka sudahpun rujuk semula. Nantilah aku fikirkan cara lain untuk hancurkan Hafizal nanti," jawab Wafi.

"Bukankah pernikahan mereka berdua adalah rahsia? Ayra pun mengandung bukan? Rasanya kita boleh gunakan itu, tuan."

Wafi terdiam seketika mendengar pendapat Qatrunnada itu. Namun, selepas itu dia tersenyum sinis.

*BERSAMBUNG*

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com