Monday, October 16, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 31...


"Kenapa saya perlu marahkan tuan? Tuan tak buat apa-apa salah pada saya," jawab Ayra sambil mengerutkan dahinya tanda hairan.

"Awak dah tengok ke video itu?" tanya Hafizal lagi.

"Sudah, dan kalau tuan tanya saya percayakan video itu ataupun tidak, saya rasa saya pernah berikan jawapan saya kepada tuan sebelum ini," ujar Ayra sambil tersenyum. Dia tahu Hafizal dapat mengagak apa yang cuba dia sampaikan kerana dia tak boleh berterus terang memandangkan orang-orang Wafi sedang memerhatikan mereka berdua.

"Masih bolehkah saya pegang kata-kata awak dulu?" tanya Hafizal.

Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya tersenyum. Fahamlah Hafizal akan maksud Ayra itu.

"Terima kasih, Mel."

"Sudah selesaikah, Ijal? Kalau tak ada apa-apa lagi, kau boleh balik," sampuk Wafi yang tiba-tiba berada di sebelah Hafizal membuatkan Hafizal sedikit terkejut.

"Sudah. Aku harap kau boleh jaga syarikat ini dengan baik," ujar Hafizal, lembut.

"Jangan risau, sepupu kesayanganku. Aku akan jaga syarikat kau dengan baik sekali sampai kau berasa diri kau itu tak berguna lagi," jawab Wafi, megah.

"Encik Wafi, pejabat encik saya kena kemaskan dulu. Kalau encik lapor diri esok, boleh?" tanya Ayra sambil tersenyum ke arah Wafi.

"Boleh, sayang. Kalau begitu, saya bawa Ijal pulang sajalah. Jom, Ijal!" jawab Wafi dalam dua nada yang berbeza, lembut bagi Ayra dan keras bagi Hafizal.

Ayra hanya mampu memandang pemergian mereka berdua dengan hati yang sebal.

     *     *     *     *     *

"Ayra sudah pulang? Ijal mana?" tanya Puan Sri Halimatun ketika Ayra menutup pintu rumah keluarga Tan Sri Mustaqim.

Ayra terkejut mendengar soalan yang ditanya oleh Puan Sri Halimatun kerana sangkaannya ibu mentuanya itu sudahpun mengetahui segalanya.

"Ijal pergi outstation ke London, abang tak beritahu Ima ke? Maaflah, abang terlupa. Ayra sudah beritahu mak dengan ayah kamu ke kamu di sini?" sampuk Tan Sri Mustaqim yang sedang menonton televisyen itu.

Sekali lagi Ayra terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh bapa mentuanya.

"Kotak itu kotak apa pula?" tanya Puan Sri Halimatun sambil menuding ke arah kotak yang dipegang oleh Ayra.

"Ini kotak barangan abang, dia suruh letakkan di dalam biliknya," jawab Ayra, ingin beredar ke tingkat atas tetapi ditahan oleh Puan Sri Halimatun.

"Kenapa ini?" tanya Puan Sri Halimatun sambil memegang wajah Ayra yang nampak kusam itu.

"Abang, dia ceraikan Ayra walaupun dia tahu Ayra mengandung," jawab Ayra lalu menangis.

Melihat keadaan Ayra, Puan Sri Halimatun meletakkan kotak yang berada di dalam pelukan Ayra itu di atas lantai lalu memeluk menantunya itu.

"Ayra mengandung? Berapa bulan?" tanya Puan Sri Halimatun lagi.

"Ayra baru lepas pergi pemeriksaan tadi, baru empat minggu."

"Daddy minta maaf bagi pihak Ijal. Izinkan daddy dengan mummy jaga Ayra sampai Ayra bersalin," ujar Tan Sri Mustaqim yang sudahpun berdiri di hadapan Ayra.

"Terima kasih, daddy, mummy tapi layakkah Ayra tinggal di sini lagi? Ayra bukan lagi menantu mummy dan daddy," ujar Ayra, terharu.

"Ayra tetap menantu sulung kami sampai bila-bila," jawab Puan Sri Halimatun lalu melepaskan pelukannya.

"Ima, tolong bancuhkan air teh untuk menantu awak ini. Saya ada perkara nak bincang dengan Ayra sebentar, hal kerja. Boleh sayang?" pinta Tan Sri Mustaqim sambil tersenyum.

Puan Sri Halimatun hanya mengangguk lalu menuju ke dapur. Sudah jadi kebiasaan ibu mentua Ayra itu melakukan kerja rumah sendiri walaupun dia mempunyai orang gaji. Katanya, makan pakai suami lebih afdhal jika isteri yang jaga.

Tan Sri Mustaqim membawa Ayra menuju ke sofa tempat dia duduk tadi. Mereka memilih untuk duduk berhadapan antara satu sama lain bagi memudahkan perbualan dijalankan.

"Daddy tahu apa yang berlaku, Fred sudah beritahu daddy. Cuma, daddy tak sampai hati nak beritahu mummy kamu. Dia ada darah tinggi," jelas Tan Sri Mustaqim.

"Baiklah, daddy. Ayra tak beritahu apa-apa tentang itu. Daddy jangan risau," jawab Ayra sambil tersenyum nipis.

"Kenapa Ayra gunakan Fred sebagai proksi Ayra? Ayra takut Wafi tahu?" tanya Tan Sri Mustaqim.

"Ya, Ayra bimbangkan keselamatan abang. Jadi, Fred sarankan Ayra berhati-hati dengan apa yang Ayra lakukan. Cuma, Ayra tak pasti sama ada Ayra patut terus bekerja sebagai PA CEO ataupun tidak."

"Daddy rasa Ayra teruskan menjadi PA CEO sampai kita selesaikan semuanya kerana daddy perlukan Ayra untuk menjaga syarikat. Cuma Ayra saja harapan daddy sekarang."

Ayra memandang wajah bapa mentuanya itu tanpa berkelip. Sungguh dia keliru sekarang.

      *      *      *      *      *

Ayra baru sahaja masuk ke dalam markas apabila dia terdengar suara orang menyanyi lagu hari jadi. Dia memandang ke hadapan, kelihatan Wafi dan orang-orang bawahannya sedang menyanyikan lagu hari jadi kepadanya. Wafi dilihat memegang sebiji kek coklat kegemarannya yang mempunyai dua batang lilin besar dan tujuh batang lilin kecil menandakan umurnya yang genap dua puluh tujuh tahun pada hari ini.

"Sayang, tiup lilin cepat," arah Wafi sambil mendekatkan kek kepada Ayra.

Ayra meniup lilin tersebut dan mereka semua bertepuk tangan. Ayra melihat sekelilingnya, kelibat Qatrunnada tidak kelihatan. Mungkinkah Qatrunnada sedang bekerja?

Ayra hanya melihat mereka semua memotong kek laku mengagihkan sesama sendiri. Setelah mereka selesai, Ayra mendekati kek tersebut lalu memotong kek itu dan memindahkannya ke dalam pinggan.

"Wafi, I pergi hantar kek ini pada Ijal ya?" tanya Ayra sambil tersengih.

"Memandangkan hari ini hari jadi you, pergilah. Kalau jumpa Qat, tolong panggilkan dia. I ada perkara nak bincang dengan dia," ujar Wafi.

Ayra hanya mengangguk lalu membawa pinggan berisi kek itu menuju ke bilik kurungan Hafizal. Dia membuka pintu bilik tersebut dan ketika itulah dia terlihat Hafizal sedang berbual bersama Qatrunnada. Cemburu rasanya melihat kemesraan mereka berdua.

"Qat, Wafi panggil kau. Katanya ada benda dia nak kau jelaskan," pesan Ayra yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tersebut.

Ayra dapat melihat Hafizal dan Qatrunnada terkesima melihat kehadirannya di dalam bilik itu.

"Selepas Hafizal selesai makan, aku ke sana," balas Qatrunnada dengan wajah yang mulai pucat.

"Wafi kata sekarang. Dia suruh aku tengokkan Hafizal. Lagipun, hari ini hari jadi aku bukan?" ujar Ayra sambil tersenyum.

Qatrunnada nampak resah, namun dia tetap bangun dan berjalan keluar dari bilik itu. Ayra pula berjalan ke arah kerusi yang ditinggalkan oleh Qatrunnada itu tadi lalu duduk di atasnya.

"Mel sengaja halau Qat tadi bukan?" tanya Hafizal sambil tersenyum nakal.

"Betullah Wafi nak jumpa dia, bukannya Mel yang halau dia. Lagipun, Mel dah minta izin Wafi untuk beri peluang pada Mel untuk habiskan masa dengan abang. Mel nak sambut hari jadi Mel dengan abang," jawab Ayra lalu menghulurkan sepiring kek kepada Hafizal.

Hafizal menyambut kek tersebut lalu memotong secebis kek tersebut dan disuapkan ke dalam mulutnya. Ayra hanya melihat Hafizal dengan perasaan gembira.

"Terima kasih, Mel. Sedap sangat, dah lama tak makan kek. Oh ya, selamat hari jadi sayang. Semoga Mel dapat semua yang Mel hajati. Jadi, Mel sihat?" tanya Hafizal, berbasa-basi. 

Ayra dapat melihat mata Hafizal tertumpu ke arah dadanya, sedangkan semasa lelaki itu berbual dengan Qatrunnada, tidak pula dia berbuat begitu. Mungkinkah penangan rindu?

"Sihat, abang. Abang kenapa berpeluh ini? Abang sihat ke tak ini?" tanya Ayra yang melihat Hafizal mula berpeluh-peluh walaupun cuaca di dalam bilik tersebut agak sejuk.

"Entahlah, Mel. Abang rasa badan abang panas sangat. Kepala pun berasa pening," ujar Hafizal sambil memegang kepalanya.

Ayra ingin bangun untuk memanggil orang bawahan Wafi untuk membantu, tetapi belum sempat dia melangkah, tangannya sudah direntap oleh Hafizal lalu bibirnya dicium dengan rakus.

Pada mulanya, Ayra cuba meronta bagi melepaskan dirinya tetapi Hafizal lebih dahulu mengunci Ayra di dalam pelukannya. Semakin kuat Ayra mencuba untuk melepaskan diri, semakin kuat pelukan Hafizal. Tak lama selepas itu, Hafizal dapat merasakan Ayra berhenti meronta dan membalas ciuman Hafizal itu.

Akibat rindu dendam mereka berdua yang terlalu kuat, akhirnya Hafizal dan Ayra kembali rujuk secara tak sengaja dan ini amat menggembirakan hati Ayra tanpa sedar.

     *     *     *     *     *

Ayra tersedar dari tidurnya akibat cahaya terang yang menerangi bilik. Dia menggosok-gosokkan matanya lalu memandang Hafizal dengan pandangan yang kosong.

"Good morning, sayang. Sudah bangun?" tanya Hafizal.

"Good morning, abang. Cuba tanya soalan cerdik sikit, ini tanya soalan yang terang lagi bersuluh. Hidup terkurung memang buat abang semakin kurang cerdikkah?" jawab Ayra sambil menjeling ke arah Hafizal.

"Oh, Mel sedar rupanya Mel berada di mana," ujar Hafizal sambil menganggukkan kepalanya.

"Mestilah. Eh, sekarang pukul berapa?" tanya Ayra lalu mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam beg tangannya.

"Alamak! Sudah pukul 10 pagi! Mel sudah lambat ke pejabat! Eh, ada mesej dari Wafi. Sayang tak perlu datang kerja hari ini, I bagi cuti sempena you rujuk semula dengan Ijal. Cuma, you masih lagi harus menjadi kekasih I kalau you masih nak tengok suami you selepas ini. Love you," Ayra membaca satu persatu bait kata yang tertera di dalam mesej yang di hantar oleh Wafi.

"Wafi itu betul ikhlas ke perli?" tanya Hafizal, bengang.

"I don't care, as long as I get the time to spend with you although I just cannot understand what is happening last night. Kenapa abang tiba-tiba cium Mel?"

"Abang pun tak pasti kenapa. Abang rasa nafsu abang tiba-tiba membuak, macam kena pengaruh dadah pun ada."

"Dadah? Kek yang Mel bawa itu memang Mel yang potong dan bawa sendiri. Tak ada sesiapapun yang tolong. Takkanlah makanan abang itu kot?" tanya Ayra sambil menongkat dagunya.

Ayra mula berfikir sesuatu yang mungkin terjadi, kerana dia tahu ianya boleh berlaku.

*BERSAMBUNG*

No comments:

Post a Comment